Nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada semua MUSLIMAH
7.7.2013
Wahai puteriku,aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun.
Usia
muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan,impian,lamunan-lamunan
dengan segala ujian-ujian dunia.Dengarlah ucapan dan kata-kataku.Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah
Wahai puteriku,banyak
aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan
akhlak, menjunjung budi pekerti mulia,membanteras segala bentuk
kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan
membanteras keruntuhan moral.
Semua itu berterusan
aku sampaikan,aku tulis dan khutbahkan sehingga pena yang aku gunakan
menjadi tumpul dan lidahku kelu.Namun tetap tiada hasil yang aku
perolehi kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk
membanterasnya.Di setiap pelusuk
negara perbuatan mungkar terus kita temui,semakin banyak dalam pelbagai
bentuk.Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka
auratnya.Tubuhnya ditonjol-tonjolkan,pergaulan bebas muda-mudi
bertambah menjolok.Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa
satu negara Islam yang mampu mengelak.Sebagai contoh negara
Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yag sangat ketat menjaga
kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang masya-Allah!! Para
wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung
dan dada.Kita gagal,dan aku kira kita tidak akan berjaya.Tahukah
engkau apa penyebabnya Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum
menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya
Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu.Kunci pintu itu ada di tanganmu.Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.Engkau
benar puteriku,bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah
menempuh jalan dosa bukan wanita.Tetapi ingat,bahawa tanpa kerelaanmu
dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju.Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.
Engkau berkata kepada pencuri : “Silakan masuk”dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar.Ketika itu barulah engkau berteriak ..”tolong….tolong…aku kecurian.”
Seandainya engkau
tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing,pasti
engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman
serigala.
Sekiranya
engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan
berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang
kikir terhadap pencuri.
Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.
Lelaki
menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan
kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih
menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.
Wahai puteriku,Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.
Aku bersumpah lagi: “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara
denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman
akrab”. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau
mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.”
Tidak
akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara
dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu,
kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal
bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.
Apakah sesudah itu puteriku?
Renungkanlah!
No comments :
Post a Comment