Tuesday, 9 July 2013

                                                                         9.7.2013
Bismillahirrahmanirrahim
Fadhilat Ramadhan
Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."


Nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada semua MUSLIMAH
7.7.2013



Wahai puteriku,aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun.
Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan,impian,lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia.Dengarlah ucapan dan kata-kataku.Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah

Wahai puteriku,banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia,membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.
Semua itu berterusan aku sampaikan,aku tulis dan khutbahkan sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu.Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui,semakin banyak dalam pelbagai bentuk.Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya.Tubuhnya ditonjol-tonjolkan,pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok.Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mampu mengelak.Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yag sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang masya-Allah!! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada.Kita gagal,dan aku kira kita tidak akan berjaya.Tahukah engkau apa penyebabnya Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya

Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu.Kunci pintu itu ada di tanganmu.Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.Engkau benar puteriku,bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita.Tetapi ingat,bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju.Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.
Engkau berkata kepada pencuri : “Silakan masuk”dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar.Ketika itu barulah engkau berteriak ..”tolong….tolong…aku kecurian.”
Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing,pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.
Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.
Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.
Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku,Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.
Aku bersumpah lagi: Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab”. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.”
Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.
Apakah sesudah itu puteriku?
Renungkanlah!
20.06.2013
MENYAYANGI KEDUA IBU BAPA

“ Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya , atau kedua-duanya sekali , sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan-santun) Al-Israa’ 23


“ Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil” Al_Israa’ 24 continue... 


28.5.2013
H I J A B

Seeing a woman with a HIJAB on her head is like finding a diamond amongst some stones.
I don't care what others say...i'll do my duty and wear my Hijaab for Allah Ta'ala.
Oppression and protection are two different things. Islam protects women, not oppresses them."



My Hijab is not my fashion accessory, it is not my beauty statement. My Hijab is my covenant with God, it is my identity.
Yes,Indeed hijab makes me less beautiful ,not to all but to the lustful eyes of man and his viles. My hijab is my armour , an armour made of silk, that keeps me guarded. I might have luscious long hair , beneath it, but that is for my family too see and admire.
Isn't amazing what that square metre of cloth signifies.? It makes a statement on my behalf.
My hijab tells you Iam a muslim, and I respect all people and their faiths.
My hijab tells you I don't drink alcohol , nor will you find me in late night clubs binge drinking.
My hijab tells you I love my family and guard my chastity.
My hijab tells you that I work hard and contribute for the betterment of the society.
My hijab tells you that I would offer my seat to an elderly person.
Hijab should not be forced upon, it is a journey a sister takes in her life, for what use is it you cover your head and fill your heart with vile and prejudice. True beauty is not superficial, it is the radiance one gives out from the heart be it a man or a woman. What we perceive as beauty to day is a mere personification of all things perishable, but in reality beauty never dies.
My beauty for me lies in my hijab, for without my hijab, I am like a flower without petals . Whether my beauty appeals to strange people , is absolutely not my worry. When I live and integrate in this society I portray myself as a good human being, for that is what I strive to be in my life. I donot fancy the latest lip colors , or hair colors as for me ,beauty is in my heart and that I can only project with my behavior and attitude.
25.1.2013
Pada mulanya,camelia agak keliru tentang hal ni.'Haaa,Boleh ke tak potong kuku time abc nih'*garukepala* agak rimas bila berkuku panjang. Dan apa yang camelia buat .

"Ibuuuu,potong kuku time abc, boleh tak ?"

"Ya,boleh ."

"Haaa,Ya ke ?"

"Ya."

"Haa,Ya ke ?"

"Yaaaaaa,tulah selalu tengok gambar orang kahwin je. :P Selalu-selalulah dengar ceramah."

"Ibuuuuuuuuu*tutupmuka* .InsyaAllah' ."






Dan apabila camelia makan dengan berkuku panjang ,I will imagine what my mom told me when I was a kid.Haiyaa,very dirty maaa -.-  Okay,pada hari ini saya akan menyingkap mengenai satu kemusykilan dan sama-samalah kita berkongsi ilmu :D Sebagai seorang muslimah,pelbagai perkara sering diambilkira dalam memperlengkapkan diri sebagai muslimah sejati.Kebersihan salah satu daripada cabang iman.Islam itu sendiri pada dasarnya suka pada keindahan.

Hukum Memotong Kuku Ketika Haid

Tiada sebarang halangan untuk memotong kuku ketika junub.Pandangan ini juga datang dari tokoh ulama Tabien iaitu Ato' Bin Abi Rabah.’Ata disebut pernah menyatakan seseorang boleh melakukannya dalam keadaan junub, malah dalam keadaan junub dan tidak berwudu’
 (Riwayat al-Bukhari)  More info...

2.1.2013
The Beauty Of a Muslimah'

Woman whose face was glowing with beauty was asked, what make up do you use ?

She answered:

For my lips, I use truth. For my eyes, I lower my gaze. For my hands, I give the charity. For my voice, I speak kindly. For my figure, I wear my Hijaab. For my body, I perform my Salah (Prayer) regularly. For my heart, love for the universe. For my mind, Faith and Islam. For my soul, obedience to ALLAH (Subhanahu Wa Ta'ala).